Thursday, June 23, 2011

Tips Mengelakkan Kecurian Motosikal Kesayangan Anda dan Helah Kaki "Hijack"

Selalu kita dgr tentang kecurian motosikal.Kesian juga kat owner moto tu.Bayar hutang kat kedai moto tapi moto dah kena kebas dengan kaki hijack.Motosikal yang selalu menjadi mangsa ialah RXZ catalyzer.EX5 dream,125 Skala & LC 135.Disini saya nak berkongsi sedikit tentang cara nak jaga motosikal kesayangan anda tu.

1 Pasang remote control alarm

2 Gunakan mangga yang berwarna kuning.Lock pada sprocket dan bukan pada disc brake.Beli la mangga kuning yang berkualiti sikit sebab biasanya mangga kuning ni mudah berkarat dan jadi masalah pulak bila kita nak bukak.Mangga jenis SOLEX kurang sesuai digunakan kerana senang dicungkil dengan sepanar 10.Jangan gunakan lock disc kerana begitu senang dicungkil menggunakan skru driver.Lock fork pun still ok tapi senang ditanggalkan meggunakan asid sulfurik pekat.Tetapi senarai lock diatas boleh digunakan sebagai lock tambahan utk motosikal anda (kalau rajin nak lock semua)

3 Pasang suis tambahan pada motosikal anda.Suis ini hendaklah diletakkan ditempat yang sukar dilihat tetapi senang kepada owner utk on kan.Jgn beritahu rakan2 atau sesiapa pun tentang kewujudan suis itu.Anda saja yang tahu.Contoh tempat yang boleh diletakkan ialah dibawah tempat duduk,disebelah tangki atau dibawah mudguard belakang.Suis boleh dibeli dikedai aksesori kereta dan kata pada tauke kedai tu nak beli suis sportlight warna hitam.Konfem tauke tu tau.Harganya dalam lingkungan RM7 bergantung pada jenis ,brand n kedai.Biasanya kedai servis motosikal tidak menyediakan perkhidmatan seperti ini.Oleh itu, carilah rakan anda yang bekerja sebagai mekanik atau pergilah ke bengkel servis motosikal (Malay owner especially)

4 Jangan parking motosikal anda ditempat yang taida orang jaga tetapi terdapat banyak motosikal parking disitu.Kebiasaannya kaki hijack ni lagi senang nak jalankan kegiatan diorang sebab boleh buat macam moto sendiri je.Tak ada orang kisah.



5 Gunakan Ignition Key yang berbentuk pelik sedikit (lain dari yang lain) seperti bentuk NAZI,T dan sebagainya. Standard Ignition Key mudah di'hijack' menggunakan Allen Key yang ditajamkan.

6 Untuk pengguna Yamaha 125z,anda boleh mencabut CDI yang terletak dibawah tempat duduk bersebelahan dengan Battery partition. Pada saya ini adalah cara paling selamat kerana kaki hijack perlu miliki CDI juga untuk menghidupkan enjin dan perlu membuka tampat duduk untuk memasang CDI (jika ada).Tetapi pastikan anda memasangnya semula ketika hendak menggunakannya.

7 Jangan parking motosikal anda ditempat larangan parking kerana terdapat juga kes dimana lori Majlis Perbandaran angkut motosikal ni. Hebat helah kaki hijack ni.

Walaupun begitu,jangan terlalu yakin jika anda mengikut semua langkah diatas bermakna motosikal anda selamat.Sebaiknya kita harus mencuba untuk mengelakkan motosikal kita dicuri dengan cara melengahkan lagi kerja si kaki hijack ni (or maybe tak jadi hijack sebab tak cukup kepakaran).Kalau susah sangat,diorang tunda je moto tu wat macam moto rosak.


No comments:

Post a Comment

2012 camry