Hari ini lari sikit dari dunia motosikal sebab saya nak kongsi sedikit mengenai bagaimana nak tau sportrim kereta bengkok dan apa nak buat kalau dah bengkok selain buang je,dan beli sportrim baru. Apa ciri2 yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)
Biasanya kalau langgar lubang yang besar pada kelajuan tinggi akan jadi perkara seperti diatas. Itu bermakna sportrim anda dah bengkok. Memang rasa tak best n nak tukar sportrim baru je. Tapi ada gak yang sampai tayar pecah (laju sangat la tu). Kadang2 pada bahagian bibir sportrim je yang bengkok. Tapi itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kereta anda. Cuma ada gegar sikit-sikit je. Tak rasa sangat pun.
Cara nak check sportrim bengkok selain hantar kat kedai tayar :
1. Jack pada bahagian depan sampai kedua-dua tayar depan terangkat. Jangan lupa utk tarik handbrek dulu sebelum jack.
2. Start enjin dan masuk gear 1 utk kereta pacuan depan dan biarkan tayar berpusing (pacuan belakang jgn buat la)
3. Perhatikan pusingan tayar betul2 bulat atau tidak. Kalau sebelah tayar je berpusing,tahan tayar yang berpusing 2 ngan kaki sampai berhenti. Konfem tayar lagi sebelah pulak yang pusing.
4. Buat perkara yang sama untuk tayar belakang pulak.
5. Kalau bengkok,beli lah sportrim baru.hahaha. (gurau je)
Masih ada inisiatif untuk membetulkan sportrim yang bengkok tu. Caranya....
1. Buka sportrim yang bengkok itu dan ganti dengan tayar spare.
2. Bawa sportrim ke kedai tayar dan minta diorang buka tayar daripda sportrim. Kos lebih kurang RM5 je.
3. Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je n lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel.
4. Pegi kedai tayar utk pasang balik sportrim tu dan buat balancing. Kos lebih kurang RM5 1 biji tayar bergantung pada kedai. Kalau allignment lari,buat la allignment sekali. Kalau tegak takpe la sebab allignment ni bergantung pada steering rack. Bukan pada rim. Tetapi saya sarankan juga utk adjust chamber sebab ada kemungkinan chamber akan tumbang semasa langgar lekuk yang kuat 2. Chamber ni kalau tumbang tak nampak. Tetau tepi tayar 2 dah berbulu je. Nak rasa chamber tumbang ke tak,try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, maknanya chamber tumbang la 2. Tak pasti belah kiri ke kanan. Pergi hantar check kat kedai la jawabnya.
Ringkasan kos:
Umpil tayar (RM5)
Engineering work (RM100)
Cat kalau perlu (RM40)
Balancing 2 biji tayar (RM10)
Allignment & adjust chamber (RM45)
Jumlah (RM200 kos maksimum)Kan jimat sikit daripada beli sportrim baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment